HomeBeritaPolitikPN setuju cadangan Agong tubuh Kerajaan Perpaduan

PN setuju cadangan Agong tubuh Kerajaan Perpaduan

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) hari ini, bersetuju dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan pagi tadi.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” maklumnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong supaya gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan, sekali gus menyelesaikan kebuntuan Parlimen tergantung ketika ini.

Author

Pilihan Editor