HomeBeritaPRU15: Vote Malaysia tuntut SPR segerakan penghantaran undi pos

PRU15: Vote Malaysia tuntut SPR segerakan penghantaran undi pos

CYBERJAYA: Gabungan Vote Malaysia menzahirkan kekecewaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima beberapa rungutan pengundi di luar negara.

Perkaran itu susulan pengumuman penghantaran kertas undi pos, semua undi pos sepatutnya dihantar kepada pengundi pada 7 November 2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Vote Malaysia, tinjauan Jom Undi PRU15 mencatatkan 96.70 peratus daripada 339 pengundi pos masih belum menerima undi pos mereka pada tarikh 12 November 2022.

Malahan, sebuah cabang undi Malaysia di Taiwan melaporkan pengundi pos telah menghubungi DHL Taiwan namun diberitahu bahawa undi belum dihantar ke DHL Malaysia, lapor Astro Awani pada Isnin.

Pada masa sama, media tempatan turut melaporkan bahawa seorang pengundi di Arab Saudi berjaya menjejaki penghantaran undinya di Fedex dan mendapati akan dihantar pada 19 November 2022, iaitu hari pilihan raya itu sendiri.

Sementara itu, Vote Malaysia menuntut SPR supaya segerakan proses pengeluaran undi pos agar pengundi luar negara mempunyai masa menghantar balik undi pos kepada SPR sebelum jam 5 petang pada hari PRU nanti.

Author

Pilihan Editor