HomeBeritaPolitikReformasi UMNO tak boleh ditangguhkan lagi, Zahid mesti undur - KJ

Reformasi UMNO tak boleh ditangguhkan lagi, Zahid mesti undur – KJ

CYBERJAYA: Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi, kata calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Seperti rakan sejawatnya yang lain iaitu Shahril Hamdan, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Tan Sri Noh Omar, Khairy turut menyuarakan desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya.

Tegasnya, sudah tiba masa untuk Zahid berundur susulan kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan parti itu hanya meraih 30 daripada 220 kerusi Parlimen.

“Apabila kalah dalam peperangan, panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Author

Pilihan Editor