HomeHiburanSyamsul Yusof 'berbudi pada tanah', kini miliki dusun Musang King

Syamsul Yusof ‘berbudi pada tanah’, kini miliki dusun Musang King

CYBERJAYA: Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof baru-baru ini mendedahkan dia kini sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian Musang King.

Perkara itu dikongsikan Syamsul menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu melawat kawasan dusun miliknya.

“Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king.

Pendedahan Syamsul berhubung dusun itu nyata meraih pujian netizen yang beranggapan ‘Gangster KL’ itu turut hebat dalam menguruskan kewangan kerana bijak melaburkan duit untuk perkara yang mendatangkan hasil lumayan.

Meninjau ruangan komen, difahamkan dusun selebriti itu terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.

@syamsulyusoffilm

melawat ladang..mudah mudahan allah izin.#musangking #fyp

♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm – syamsulyusoffilm

 

Author

Pilihan Editor