HomeBeritaPolitikSyed Ibrahim berkonvoi jelajah kampung, pecutan akhir santuni penduduk lebih dekat

Syed Ibrahim berkonvoi jelajah kampung, pecutan akhir santuni penduduk lebih dekat

PUCHONG: Pecutan terakhir hari berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dimeriahkan dengan suasana konvoi pasukannya di beberapa buah kampung.

Syed Ibrahim bersama dengan pasukan sekitar 30 orang menyantuni penduduk Kampung Sri Puchong dan Kampung Bersatu dengan lebih dekat pada Jumaat pagi.

Beliau bersama pasukannya menjelajah dua kampung tersebut dengan konvoi motosikal.

Menurut beliau, dengan cara berkonvoi ini, beliau dapat lebih dekat dengan rakyat secara terus tanpa sebarang halangan di samping memperkenalkan dirinya dan bertanya khabar kepada penduduk.

Rata-rata penduduk yang disantuni dan ditemui beliau menerima kehadiran beliau dengan tangan terbuka dan memberikan respons yang positif.

Author

Pilihan Editor