“Malam ini, saya mengumumkan pencalonan saya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat,” kata ahli Republikan itu dari pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.
Trump, 76, memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa.
Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pilihan raya separuh penggal AS 2022, dengan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi anggota Senat 100 turut dipertandingkan.
Demokrat dijangka mengekalkan kawalan ke atas Senat dalam Kongres AS akan datang manakala tiada parti memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Perwakilan setakat malam Selasa.
Trump berkhidmat sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat dari 2017 hingga 2021.
Beliau tewas kepada pencabarnya dari Demokrat Presiden, Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.
Minggu lalu Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan presiden dan akan membuat keputusan rasmi “awal tahun depan.”
Pilihan raya presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 November 2024. – BERNAMA