HomeBeritaAnwar umum Kabinet petang ini

Anwar umum Kabinet petang ini

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mengumumkan senarai Kabinet baharu kerajaan pada petang ini.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi.

“Saya buat keputusan persembahkan (senarai anggota Kabinet) kepada Tuanku dan Insya-Allah saya akan umumkan barisan menteri pada petang ini,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan Kenduri Rakyat di Tambun, Perak hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan bahawa kesemua Jemaah Menteri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Isnin depan.

Maklumnya, mesyuarat berkenaan diadakan bagi menetapkan beberapa peraturan baharu untuk Jemaah Menteri.

Author

Pilihan Editor