HomeBeritaViralGara-gara diserang 'anxiety', pemandu hentikan kereta di tengah jalan

Gara-gara diserang ‘anxiety’, pemandu hentikan kereta di tengah jalan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu dipercayai wanita memberhentikan kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba di tengah jalan raya di Jalan Kuching menghala ke Selayang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, pemandu tersebut bertindak sedemikian susulan mengalami serangan anxiety.

“Insiden ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

“Walaubagaimanapun, hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan ITIS DBKL serta dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), situasi telah dapat dikawal dengan segera.

“Pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami anxiety telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya dan kenderaan beliau kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan,” maklum DBKL.

Author

Pilihan Editor