HomeBerita'Insya-Allah, Zahid jadi timbalan perdana menteri'

‘Insya-Allah, Zahid jadi timbalan perdana menteri’

CYBERJAYA: Kebarangkalian untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat ‘hampir pasti’ menjadi realiti.

Lapor Malaysiakini, menurut sumber dalaman UMNO, ahli Parlimen Bagan Datuk itu dicalonkan parti terbabit untuk memegang jawatan berkenaan selaras dengan kedudukannya selaku ketua parti.

“Hampir pasti presiden Umno akan jadi timbalan perdana menteri, insya-Allah. Itu saja saya boleh cakap,” katanya.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ini bermakna Ahmad Zahid akan menjawat tugas sebagai timbalan perdana menteri buat kali kedua.

Kali pertama dia menjadi timbalan perdana menteri ialah semasa kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu,  timbul desas-desus yang mengaitkan Ahmad Zahid sebagai timbalan Anwar selaras dengan peranan serta sokongan tokoh terbabit kepada presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

Author

Pilihan Editor