HomeHiburanMenulis mampu tangani stres - Ummi Nazeera

Menulis mampu tangani stres – Ummi Nazeera

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, setiap individu termasuk diri anda boleh mula memperbanyakkan menulis apa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian, sebagai antara usaha berkesan menangani tekanan emosi.

Ia diakui oleh pelakon serba boleh, Ummi Nazeera yang mendedahkan dirinya mengalami masalah depresi ketika mengikuti pengajian di Melbourne, Australia sebelum ini.

Ummi Nazeera berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini.

Ummi berkata, dia mengalami masalah berkenaan ketika berjauhan dengan keluarga sehingga sukar tidur.

Sehingga beliau berjumpa pakar terapi daripada universiti yang sama, menyarankannya untuk menangani masalah itu dengan meluahkan apa jua yang dirasai dalam bentuk penulisan.

Ummi mengakui, menulis banyak membantunya berasa lebih tenang dan selain bersenam.

“Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne.

“Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.

“Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa.

“Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.

Author

Pilihan Editor