HomeBeritaPengarah Kesihatan Johor minta pinjam wang adalah palsu, Telegram digodam

Pengarah Kesihatan Johor minta pinjam wang adalah palsu, Telegram digodam

CYBERJAYA: Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu menafikan membuat teks pesanan meminta mahu meminjam wang melalui Telegram.

Aman berkata, Telegramnya telah digodam oleh pihak ‘scammer’ dan telah membuat teks pesanan tersebut menggunakan akaunnya.

“Mohon kemaafan untuk semua yang mengenali saya, sila abaikan permintaan daripada akaun Telegram saya yang mengatakan mahu meminjam wang.

“Dimaklumkan bahawa akaun Telegram saya telah digodam. Harap maaf dan maklum,” katanya ketika dihubungi pihak media yang ingin mendapatkan kepastian pada Ahad.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) turut memaklumkan dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya berkenaan perkara tersebut dan menjelaskan permintaan meminjam wang tersebut adalah palsu.

“Segala WhatsApp ataupun mesej dalam Telegram yang menyamar sebagai yang berhormat Datuk Dr Aman Rabu yang meminta duit daripada pelbagai individu adalah palsu dan merupakan ‘scammer’ yang menyamar sebagai beliau.

“Mohon semua yang mendapat mesej itu supaya jangan terpedaya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Author

Pilihan Editor