KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga 1 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk (Perak) diikuti Dungun dan Kemaman (Terengganu).
Keadaan sama dijangka melanda Jerantut dan Kuantan (Pahang) serta Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor). – BERNAMA