HomeBeritaViralBiasalah ‘knowledge’ pemandu di Malaysia kurang, netizen bengang guna ‘fog light’ tak...

Biasalah ‘knowledge’ pemandu di Malaysia kurang, netizen bengang guna ‘fog light’ tak kena waktu!

CYBERJAYA: Sikap segelintir pengguna jalan raya yang memandu tanpa pedulikan peraturan sememangnya menimbulkan kemarahan.

Mungkin pemandu di Malaysia sudah ‘masak’ dengan sikap pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu isyarat ketika ingin masuk simpang namun kini tambah lagi perangai ‘menyakitkan hati’ apabila ada yang menggunakan lampu kabus (fog light) tidak kena waktu.

Perkara itu dibicarakan oleh sekumpulan warga maya menerusi sebuah grup di Facebook yang mengupaskan isu-isu semasa.

Meninjau grup berkenaan, MEDIA VARIASI mendapati rata-rata ahli dalam grup itu naik berang dengan sikap sebilangan pemandu yang tidak mempedulikan keselamatan orang lain di jalan raya.

Berdasarkan satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang ahli grup, Adam Wong Jr, dia mewakili para pemandu berhemah mengingatkan orang awam supaya ‘belajar’ kenali jenis lampu yang ada pada kenderaan dan menggunakannya mengikut ketepatan waktu.

“Kepada pemilik kenderaan terutama Toyota dari jenis Yaris atau Vios atau kenderan lain yg seangkatan dengannya, yang ada lampu kabus ini, sila ambil perhatian.

“Dah nama lampu kabus (fog light) bukan nama day light, pasang jika keadaan berkabus, bukan rembat siang malam, pagi petang.

“Penjual kereta juga perlu bagitahu kepada pembeli terutama kepada bakal pembeli yang baru-baru,” tulisnya pada Isnin.

Meninjau ruangan komen, rata-rata ahli grup bersetuju dengan peringatan Adam itu dan berharap para pemandu cakna dengan pengetahuan sedemikian.

Pada masa sama, ada juga yang berseloroh mengatakan tahap pengetahuan pemandu di Malaysia ini masih lagi pada tahap bawahan.

Author

Pilihan Editor