HomeTeknologiChina akan bangunkan ciptaan dron boleh terbang selama-lamanya

China akan bangunkan ciptaan dron boleh terbang selama-lamanya

 

NEGARA China akan membangunkan ciptaan dron yang boleh terbang selama-lamanya susulan ujian pelaksanaan dron itu berjaya dilakukan.

Pada Disember lalu, seorang penyelidik dari University Politeknikal Barat Laut, Xianyang, berjaya menerbangkan dron yang tidak dilengkapi pek bateri.

Perkara itu berikutan di bahagian bawah dron berkenaan, terdapat panel fotoelektrik yang mengubah cahaya laser ke tenaga elektrik.

Dron itu dapat berfungsi apabila di permukaan bumi, sistem laser menjejak dron di udara dan menembak laser sepanjang masa ke panel fotoelektrik tersebut.

Mengulas tentang ujian drone terbabit, Xianyang berjaya menerbangkan pada waktu siang dan malam dengan dron terbang pada ketinggian 10 meter.

Algoritma pada sistem laser akan memastikan ia sentiasa menjejak kedudukan dron dan laser ditembak ke panel fotoelektrik, lapor China Daily seperti dipetik portal teknologi, Amanz.

Laporan sama turut menyatakan bahawa secara teori, selagi laser tidak dihalang, dron boleh terbang selama-lamanya tanpa perlu dicas.

Perkara itu amat berguna untuk sistem dron pemantauan keselamatan di masa hadapan dan dron penghantar barang.

Author

Pilihan Editor