HomeBeritaViralGagal tundukkan pandangan punca curang

Gagal tundukkan pandangan punca curang

KUALA LUMPUR: Pepatah kata dari mata turun ke hati namun jika jaga hati pastinya tidak rugi.

Kegagalan menundukkan pandangan diri punca seseorang tidak jujur, tidak setia sehingga berlaku kecurangan di belakang pasangan.

Itu pendapat seorang TikToker akaun Predecessor.mz menerusi rakaman video Tiktok berdurasi 1 minit 34 saat.

Dia menjelaskan itu adalah punca seorang lelaki kahwin dua di Siam yang dikaitkan dengan pasangan artis baru-baru ini.

Video itu sudah diulang tayang sehingga 1.2 juta kali oleh netizen.

Munawwarah Zaidi menyelitkan penjelasan tundukkan pandangan yang juga terdapat dalam surah an Nur ayat 30-31.

Surah an Nur, ayat 30-31 memberikan pedoman untuk lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan masing-masing, sebagai cerminan peribadi mulia dan ketinggian adab.

Ia adalah satu usaha membersihkan jiwa dengan menahan nafsu yang ingin memerhatikan sesuatu yang mempesonakan syahwat sehingga menimbulkan fitnah.

Dengan menjaga pandangan ini, maka tertutuplah pintu pertama yang mengheret kepada penyimpangan dan godaan.

Pada awal penerangan, Munawwarah mengulas soalan rakannya mengenai isu artis berkenaan bahawa ada tiga perkara yang mengikat manusia iaitu hutang, janji dan budi.

“Aku nak ‘highlight’ mengenai janji. Kalau seorang lelaki dah tekad nak kahwin dengan seorang perempuan dan dia akad nikah depan wali perempuan itu sebenarnya dia dah janji nak jaga perempuan itu.

“Tapi, dalam soal kahwin dua ni, aku rasa lelaki tu dah tak sayang kat perempuan tu. Sebab dia tahu yang perempuan tu tak suka dimadukan tapi dia ‘still’ buat benda yang menyakitkan hati perempuan. ‘So’ sebenarnya dia tak sayanglah,” katanya.

Munawwarah turut menyoal semula kenapa poligami menjadi konflik sangat besar di Malaysia, dan dia mengiyakan jawapan rakannya iaitu kerana tidak minta izin isteri terlebih dahulu.

“Sebab tu berlakunya kahwin dekat Siam sedangkan kahwin dua di Malaysia kena minta persetujuan mahkamah dulu,” katanya.

Dia turut menjelaskan surah an-Nisa ayat tiga bersama imej potongan ayat al-Quran itu, bahawa Allah SWT sudah menjelaskan jika lelaki tidak mampu berlaku adil, maka kahwinlah hanya satu.

“Kalau kita tengok balik ayat 3 surah an-Nisa, Allah SWT berfirman, kalau lelaki itu tak mampu adil, maka kahwin satu,” katanya.

Gadis itu berkata, sebagai manusia beriman, kita seharusnya tidak boleh menghakimi rumah tangga orang lain secara total kerana menyifatkan tidak berada dalam kehidupan rumah tangga mereka.

“Apa aku boleh cakap, kita kena perbaiki iman kita. Mungkin boleh jadi lelaki itu tak jujur dan tak setia dengan isteri sebab dia mungkin tak tundukkan pandangan dan itu sebab dia nampak perempuan lebih cantik daripada isteri dia,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor