HomeGlobalIndividu ada visa umrah, haji sahaja dibenarkan bawa pulang air zamzam

Individu ada visa umrah, haji sahaja dibenarkan bawa pulang air zamzam

 

TIMBALAN Presiden Eksekutif Hal Ehwal Haji dan Umrah Arab Saudi, Essam F.Nour mengumumkan, hanya individu yang mempunyai visa umrah atau haji sahaja dibenarkan membawa keluar air zamzam dalam botol dari Tanah Suci Makkah.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pekeliling yang turut diedarkan kepada pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan syarikat penerbangan.

Dalam pekeliling tersebut, turut dinyatakan peraturan dan arahan baharu berkaitan sekatan terhadap pengembara untuk membawa pulang air zamzam, lapor portal ProPakistani.

Menurut kenyataan itu, penumpang bagi penerbangan antarabangsa hanya dibenarkan membawa pulang satu botol air zamzam setiap seorang.

Malah, botol berkenaan mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Arab Saudi iaitu menggunakan botol dengan isi padu lima meter.

Menurut laporan sama, tujuan sekatan itu dibuat adalah untuk mengelak berlakunya tumpahan dan pembaziran air zamzam dalam penerbangan.

Author

Pilihan Editor