HomeGlobalMichelle Yeoh, aktres kelahiran Malaysia pertama menang Anugerah Golden Globes

Michelle Yeoh, aktres kelahiran Malaysia pertama menang Anugerah Golden Globes

MICHELLE Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi aktres kelahiran Malaysia yang pertama memenangi Anugerah Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal.

Bintang Hollywood itu memenangi anugerah yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat pada Rabu, menerusi lakonannya dalam filem ‘Everything, Everywhere All At Once’.

Beliau berjaya mengalahkan calon-calon lain seperti Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Michelle ketika berucap menerima anugerah, sempat berkongsikan pengelamannya semasa memulakan kerjayanya dalam Hollywood, di mana beliau dikatakan tidak akan dapat berjaya.

Peluang untuk memasukkan diri ke dalam industri ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan baginya, namun beliau dikatakan tidak mempunyai rupa dan seorang etnik minoriti, kata aktres kelahiran Ipoh itu.

Michelle mula terkenal di peringkat antarabangsa selepas berlakon menerusi filem ‘Bond 1997, Tomorrow Never Dies’ bersama-sama dengan Pierce Brosnan.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam filem-filem Hollywood seperti ‘Crouching Tiger Hidden Dragon’, ‘Crazy Rich Asians’, ‘Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings’, ‘Memoirs of a Geisha’ dan sebagainya.

Author

Pilihan Editor