HomeNiagaUsahawanBaca label dahulu sebelum beli produk kecantikan - Dynas Mokhtar

Baca label dahulu sebelum beli produk kecantikan – Dynas Mokhtar

BUKIT JELUTONG: Masih ramai wanita yang tidak memiliki kesedaran tentang kandungan dalam sesuatu produk kecantikan atau kesihatan yang digunakan mereka.

Mereka tidak ambil tahu atau peduli fungsi bahan yang dimasukkan dalam produk sehinggalah menerima kesan atau implikasi terhadap tubuh badan mereka.

Biasanya sudah terhantuk, baharulah tengadah, sebagai contoh apabila berlaku keguguran rambut yang banyak baharulah mula baca label apa isi kandungan pada botol.

Pelakon terkenal yang juga ahli perniagaan, Dynas Mokhtar atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, pengguna biasanya hanya menitikberatkan fungsi produk untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa mengambil tahu keselamatan kandungan produk.

Dynas Mokhtar bersama produk terbaharu, syampu Wellsen X Dynas

“Sebagai contoh ramai yang tidak tahu silikon dalam syampu yang buatkan rambut lembut tetapi penggunaan lama menyebabkan rambut gugur dan rosak.

“Sebab itu, dalam produk syampu keluaran terbaharu kami, Wellsen X Dynas, kami tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya menggunakan sepenuhnya bahan organik dan juga Aqua Cell yang beri kelembapan 48 jam sertai atasi isu keguguran.

“Keguguran berlaku kerana isu kelumumur dan dengan syampu ini ia mampu beri solusi segera kepada masalah kulit kepala. Sejujurnya objektif kami bukanlah untuk berniaga semata-mata tetapi beri kesedaran kepada pengguna.

“Anda perlu tahu apa yang anda letak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, kerana kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran syampu Wellsen X Dynas yang boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan Instagram.

Turut hadir merasmikan majlis, Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewarisi empayar Wellsen.

Antara rakan selebriti yang juga rakan baik Dynas yang hadir, Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani dan Atilia Haron.

Untuk pengetahuan, produk syampu Wellsen X Dynas menggunakan bahan organik Chamomile yang menjadikan kulit kepala berasa sejuk dan nyaman, serta minyak esensial pudina yang memulihkan folikel rambut.

 

 

Author

Pilihan Editor