HomeHiburanEmpat tahun bergelar 'duda', Rashidi Ishak nikahi pengarah Kampung People

Empat tahun bergelar ‘duda’, Rashidi Ishak nikahi pengarah Kampung People

CYBERJAYA: Setelah hampir empat tahun memegang ‘title’ duda, akhirnya pelakon, Rashidi Ishak selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Khabar gembira itu dikongsi oleh penerbit, Saiful Zahairie Zainuddin menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dalam hantaran itu, kelihatan Rashidi segak memakai baju Melayu berona putih manakala Wan Hasliza pula tampak ayu mengenakan kebaya putih.

“Alhamdulillah, 2.2.2023. Tahniah Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak.

“Semoga bahagia ke akhir hayat,” tulis Saiful ringkas.

Setakat ini, Rashidi yang turut popular dengan drama bersiri Kampung People itu masih belum membuat sebarang pendedahan berhubung pernikahannya itu.

Untuk rekod, Rashidi, 50, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Vanidah Imran selama hampir 17 tahun namun bahtera mereka terlerai secara rasmi pada Ogos 2018.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Rashidi dan Vanidah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22, dan Maryam Rashika, 19.

Author

Pilihan Editor