HomeBeritaViralKecoh di Hospital Serdang, pesakit tunggu terlalu lama

Kecoh di Hospital Serdang, pesakit tunggu terlalu lama

CYBERJAYA: Tular satu video di media sosial menunjukkan pergaduhan mulut di antara pesakit yang menunggu dengan kakitangan hospital di bahagian jantung Hospital Serdang, Selangor.

Memetik kenyataan berserta video berkenaan, pesakit itu dikatakan tidak berpuas hati kerana menunggu terlalu lama sejak jam 8 pagi sehingga 7 malam.

“Gaduh di hospital, bahagian jantung. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Khidmat yang sangat teruk,” kata pengguna TikTok yang berkongsi video tersebut, @bisma_ali05.

https://www.tiktok.com/@bisma_ali05/video/7195193827873918235

Video berkenaan turut mendapat perhatian warga maya dari laman media sosial Twitter dan ramai yang berkongsi pendapat mereka mengenai kejadian terbabit.

“Dulu masa doktor ‘complain‘ untuk jawatan tetap, netizen semua suruh berhenti kerja sebab tak reti bersyukur, sekarang bila doktor berhenti kerja, doktor tak ramai, waktu menunggu lama, eh nak marah doktor pula? Apa netizen nak sebenarnya ni?” kata
Farizul Ilyaz.

“Kerajaan tidak mahu mengambil lebih banyak kakitangan atau membayar kakitangan sedia ada dengan betul, apa yang anda harapkan? Begitu ramai doktor meninggalkan Malaysia sekarang. Anda boleh menjerit semahu-mahunya kepada kakitangan tetapi itu tidak mengubah apa-apa sedikit pun,” kata Jing Yi pula.

https://twitter.com/Jinggyyi/status/1621919151144009731?s=20&t=k1e70LuzsG26B5hjeG8bRA

“Orang dah sakit lepas tu tunggu lama. Mana nak tahan dah. Sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan perlu selesaikan masalah tumggu lama dan tambah staf doktor dengan segera. Tak paham aku dibuatnya,” kata Ali Wira.

https://twitter.com/stay2pku/status/1622092584813481984?s=20&t=k1e70LuzsG26B5hjeG8bRA

“Pengalaman saya sebagai seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kardio Serdang ini saya faham kerana memang kesabaran perlu di tahap tinggi. Pada saya jika kita ikut prosedur yang betul, insha-Allah urusan kita mudah. Tiap kali rawatan saya datang 7 pagi, sebelum 1 petang mesti dah selesai dapat ubat,” ujar Hidayah.

https://twitter.com/DayahRapunzel/status/1622058210818654209?s=20&t=k1e70LuzsG26B5hjeG8bRA

“Video macam ini viral kan je. Tapi rakyat perlu tahu, masa viral kan tu, jangan niat salahkan doktor lambat. Patut ‘caption’ dan jeritan di dalam video sebut KKM, SPA dan kerajaan. Baru terangkat. Membantu kami juga staff kesihatan yang dah berbuih ‘complaint’ tak cukup staff,” ujar pemilik akaun Dokter Kuli.

Author

Pilihan Editor