HomeBeritaKJ sah jadi DJ, gegarkan Hot FM mulai 15 Feb

KJ sah jadi DJ, gegarkan Hot FM mulai 15 Feb

CYBERJAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas selaku penyampai di stesen radio Hot FM mulai Rabu depan.

Perkara itu disahkan oleh Media Prima Audio (MPA) menerusi kenyataannya hari ini.

Dalam kenyataan sama, MPA turut memaklumkan bahawa Khairy yang mesra dengan panggilan KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio berkenaan.

Malah, KJ turut mengesahkan dirinya bakal menyertai skuad Bekpes Hot menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh bakal rakan-rakan setugasnya iaitu Johan, AG dan Datuk AC Mizal.

Terdahulu, media melaporkan Hot FM sebelum ini mengeluarkan surat tawaran kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu secara terbuka di Instagram rasmi Hot FM.

Dalam surat berkenaan, Hot FM menawarkan KJ jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Meskipun KJ dipecat daripada UMNO, pintu rezeki bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilihat semakin meluas apabila beliau bukan sahaja ditawar menjadi penyampai radio malah, turut mendapat perhatian daripada pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail (TMJ), yang menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan penasihat pasukan bola sepak JDT.

Author

Pilihan Editor