CYBERJAYA: Gara-gara seronok memberi makan anak kucing hidup-hidup kepada ular peliharaannya, seorang pemuda kini diburu warga maya untuk diadukan kepada pihak berkuasa.
Semuanya bermula apabila warga maya mengesan kegiatan pemuda itu melalui komen balasnya di Twitter terhadap individu yang sedang mencari rakan yang turut membela ular.
“Saya dan kawan sentiasa pergi mendapatkan anak kucing percuma (atau arnab) untuk diberikan kepada ular kami,” kata pemuda itu di Twitter.
Malah beberapa ciapan pemuda itu yang sempat ditangkap layar warga maya @mabitxch, pemuda itu berkongsikan bahawa dia seronok melihat ularnya memakan anak kucing.
Dalam beberapa tangkap layar yang dikongsikan warga maya @syazmnnn mendedahkan bagaimana pemuda itu menipu beberapa orang yang ingin memberi anak kucing secara percuma untuk dibela.
“Menggigil ya saya tengok gambar kucing-kucing dia ambil tu. Bayangkan awak jaga elok-elok dan ‘open for adoption’ akhirnya dapat dekat bangsat macam ini,” kata @syazmnnn.
Tindakan pemuda itu yang menimbulkan kemarahan warga maya mengakibatkan dia telah diadukan secara terus kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Ketua Pengarah JPV, Dr Akma Ngah Hamid mengesahkan pihaknya menerima aduan itu dan telah dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan.
“Saya ambil maklum. Aduan telah diterima juga melalui emel Jabatan dan telah dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan Kebajikan Haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare,” katanya di Twitter.
Salam. Saya ambil maklum. Aduan telah diterima juga melalui emel Jabatan dan telah dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan Kebajikan Haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare seperti di bawah. pic.twitter.com/XKjhSAg9Zz
— Akma Ngah Hamid (@DrAkmaNgahHamid) February 8, 2023
Menurut warga maya @hrashidah3, jika seseorang itu didapati bersalah menzalimi haiwan, dia boleh boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.
https://t.co/S7wYBfoy01 . Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM50,000/= atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali. KASI REPORT
— Hanis (@hrashidah3) February 7, 2023