HomeBeritaPolitikRamasamy mulut celupar, tak perlu layan- Ahmad Zahid

Ramasamy mulut celupar, tak perlu layan- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: UMNO tidak ambil peduli dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy yang meminta pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kenyataan Ramasamy itu tidak perlu dilayan kerana beliau sudah terkenal sebagai pemimpin ‘bermulut celupar’.

“Beliau bermulut celupar dan tidak perlu layan. Biar parti dengan parti yang menanganinya,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Pembangunan Desa Dan Wilayah (KKWD) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwa Ramasamy, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai kerana ia digunakan Dr. Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Author

Pilihan Editor