HomeMV+BongkarTaikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

KUALA LUMPUR: Satu konglomerat infrastruktur terkenal dipercayai menipu jumlah penyediaan telco yang ditempatkan di sembilan menara milik syarikat Melayu bagi mengelak daripada dikena bayaran sewa lebih.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

Sembilan menara milik syarikat Melayu, Majutera Sdn Bhd itu siap dibina dengan modal Majutera dan lesen transmisi oleh Konsortium Jaringan Selangor (KJS) pada tahun 2000.

Pada tahun sama, sepasang suami isteri Melayu yang merupakan pengasas bersama KJS dipercayai secara ‘senyap’ menjual menara-menara itu kepada konglomerat bukan Melayu tanpa pengetahuan Majutera Sdn Bhd.

Pemilik Majutera Sdn Bhd, Dato Ir Hasan Saat berkata, pada awalnya konglomerat berkenaan memaklumkan hanya tiga telco iaitu Maxis, Digi dan Celcom bertapak di menara terbabit.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

“Mereka telah membayar sewa RM70,000 dengan nilai tiga telco di setiap menara milik Majutera Sdn Bhd.

“Mereka menipu selama 13 tahun sehingga tahun 2013 sedangkan sebanyak enam telco bertapak di menara milik kami.

“Setelah perkara itu terdedah, Majutera Sdn Bhd telah menyaman dan menuntut semula semua menara namun secara tiba-tiba bayaran sewa terbabit dihentikan sejak 2013.

“Sepatutnya bayaran RM200,000 dikenakan untuk semua sembilan menara tetapi yang diterima bayarannya adalah kurang separuh daripadanya, beginilah konglomerat mengaut untung mudah.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

“Kes ini telah dibawa ke mahkamah namun sudah lima kali prosiding ditangguhkan sejak tahun 2013, macam ada sesuatu tidak kena namun kami masih percaya sistem keadilan di negara ini,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Pemilik asal, Majutera Sdn Bhd yang membina menara stesen pemancar telekomunikasi di sembilan lokasi Selangor kecewa menara mereka ‘dicuri’ konglomerat sejak sedekad lalu.

Konglomerat terbabit membayar sewa bulanan setiap menara kepada Majutera Sdn Bhd sehingga tahun 2013 iaitu setelah disaman syarikat berkenaan yang menuntut kembali semua menara terbabit.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

MEDIA VARIASI secara eksklusif mendedahkan bagaimana konglomerat terbesar Malaysia itu sanggup mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dengan ‘mencuri’ sembilan menara telekomunikasi milik Melayu.

Konglomerat tersebut adalah salah sebuah syarikat terbesar di Bursa Malaysia yang diwujudkan sejak tahun 1955 dan terbabit dalam penyediaan utiliti, pembinaan, rel berkelajuan tinggi, hartanah, hotel dan penginapan.

Sembilan menara berkenaan telah digunakan secara salah tanpa sebarang bayaran kepada pemilik asal iaitu Majutera Sdn Bhd sejak tahun 2013.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

Setiap menara masing-masing bernilai RM1.4 juta dibina di lokasi strategik dan mampu menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada satu penyedia telekomunikasi.

Hassan ditemui selepas membuat aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mengemukakan dokumen yang membuktikan pemilikan sah terhadap sembilan menara berkenaan.

Sembilan menara telco itu kini berada di Assam Jawa, Batu Tiga Semenyih, Bukit Beruntung, Bukit Rasa, Kuala Sg Baru, Sungai Buaya, Tanjung Karang, Sasapan Kelubi dan Serendah.

Berita berkaitan: Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

Author

Pilihan Editor