HomeBeritaViralTak capai 'target' jualan, syarikat pasangan popular potong 35% gaji pekerja

Tak capai ‘target’ jualan, syarikat pasangan popular potong 35% gaji pekerja

CYBERJAYA: Tindakan majikan yang sanggup menolak hampir 35 peratus gaji pekerja yang dikongsikan oleh seorang individu di Twitter baru-baru ini nyata menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian individu yang mahu namanya dirahsiakan,  terdapat sebuah syarikat yang dimiliki sebuah pasangan yang dikenali ramai bertindak untuk memotong gaji pekerja sebanyak 35 peratus.

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila syarikat terbabit didakwa meraih jumlah jualan yang tinggi dan ‘meletup’ pada tahun lalu.

Menurutnya lagi, bukan bahagian jualan sahaja terkesan atas pemotongan itu kerana bahagian designer dan marketing juga turut dikenakan potongan gaji.

Luahan pekerja berkenaan yang bertujuan untuk mendapatkan bantuan nasihat berhubung situasi yang dialaminya itu menerima pelbagai reaksi umum.

Salah satu yang menjadi tumpuan adalah ciapan daripada seorang usahawan, @fahimiamiee, yang menegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji pekerja tanpa sebarang dokumen yang sah.

Berikut merupakan antara nasihat dan saranan yang disuarakan netizen kepada individu yang berkongsi kisah terbabit.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya yang mengikuti hantaran terbabit tertanya-tanya akan gerangan majikan yang dimaksudkan dalam isu berkenaan.

Author

Pilihan Editor