HomeBeritaPolitikTun Mahathir terkilan dengan orang Langkawi

Tun Mahathir terkilan dengan orang Langkawi

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terkilan dan sedih selepas ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Beliau meluahkan rasa kecewa susulan usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 gagal, malah kehilangan wang deposit.

Katanya lagi, komitmennya membangunkan pulau legenda itu menerusi pemberian status bebas cukai pada 1987 sehingga gah di persada dunia seolah-olah tidak dihargai.

“Bukan merajuk, tapi kecewa sedikit (atas kekalahan teruk dalam PRU15) kerana saya sudah buat macam-macam (pembangunan) di Langkawi.

“Saya ditolak jatuh merudum dan hilang 14,000 undi,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jasamu Dikenang di Hotel Goldsands di sini, malam tadi.

Turut hadir bersama pada majlis itu isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bekas Pengerusi Pejuang itu berkata, beliau turut hairan ditolak pada PRU15 lalu kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan memudaratkan penduduk.

“Saya pun tidak tahu apa kesalahan yang telah buat (sehingga ditolak),” katanya.

Pada PRU15 lalu, Dr Mahathir tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Dr Mahathir sekadar memperoleh 4,566 undian.

Author

Pilihan Editor