HomeBeritaViralApa yang berlaku kepada saya kifarah 'sondol' suami orang - Cik Pia

Apa yang berlaku kepada saya kifarah ‘sondol’ suami orang – Cik Pia

KUALA LUMPUR: Wanita yang pernah tular di Tiktok akibat masalah pendaftaran bayi, didakwa isteri kedua kepada pempengaruh Tiktok, Boss Kay menganggap takdir yang berlaku pada dirinya ketika ini, sebagai kifarah buatnya, kerana ‘menyondol’ suami orang.

Nur Sufia Johari atau dikenali Cik Pia, dalam Tiktoknya mengakui kesilapan yang dilakukannya itu, sehingga reda dengan apa yang menimpa dirinya termasuk nama tidak tersenarai dalam syarikat, produk tidak dikeluarkan lagi dan syarikat juga hancur.

Katanya, Allah SWT telah membalas perbuatannya kerana mengambil suami orang.

“Allah dah balas dah semua benda dekat saya, saya dah dapat kifarah, company saya hancur, tak ada nama dalam company, produk tidak bersama saya.

“Saya anggap itu satu kifarah untuk saya di atas kesilapan saya mengambil suami orang,” katanya.

Dakwanya lagi, dia juga ditipu oleh suami orang, yang ketika itu diberitahu lelaki itu sedang dalam proses bercerai, namun tetap mengakui ia datang dari kesilapan diri sendiri.

Nursufia sebelum itu, terpaksa tularkan isu pengabaian suaminya itu yang menyebabkan anak kedua mereka yang lahir 53 hari lalu berisiko dianggap anak tak sah taraf.

Dia telah memuat naik video di akaun TikTok miliknya mengenai rasa kecewa dan sedihnya apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta bayi mereka dibinkan Abdullah atau 99 nama Allah.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi dan juga aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehingga proses pendaftaran itu selesai.

Bagaimanapun, selepas campur tangan peguam dan suaminya iaitu Khairul Azli Abdul Aziz atau dikenali sebagai Boss Kay hadir memberi kerjasama, urusan itu akhirnya selesai.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh mengesahkan perkara itu.

Nursufia dalam hantaran terbaharu di akaun sama, juga merasa hari ulang tahun kelahirannya kali ini paling istimewa kerana merasa begitu tenang selepas merasakan urusan lancar dan dipermudahkan Tuhan.

Dalam hantaran itu, turut diselitkan video rakaman Boss Kay pada tarikh 12/3/2023 melafazkan talak cerai kali kedua kepada Nursufia disertakan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada wanita anak dua itu.

Author

Pilihan Editor