HomeHiburanJalani pembedahan, Kamal Adli dah sedarkan diri – Uqasha Senrose

Jalani pembedahan, Kamal Adli dah sedarkan diri – Uqasha Senrose

 

CYBERJAYA: Pelakon, Kamal Adli dilaporkan selamat menjalani pembedahan dan mula sedarkan diri hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose menerusi hantaran di Instagram Stories.

“Alhamdulillah Kamal dah sedar dan masih mamai. Harap semua doakan keselamatan kami dan juga keselamatan kalian, akhir zaman.

“Yang lain Qasha dan Kamal serahkan pada polis untuk buat siasatan lanjut,” tulisnya pada Isnin.

Sebelum ini, Kamal dilaporkan cedera teruk di kepala akibat dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan chota (kapak india) di Singapura, malam tadi.

Menurut Uqasha, kejadian berlaku selepas kedua-dua mereka menghadiri acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Maklum Uqasha, insiden itu berlaku semasa mereka berdua melayan permintaan seorang wanita berkerusi roda yang mahu merakamkan gambar kenangan sekitar pukul 9 hingga 10 malam.

“Saya dan Kamal bergambar dengan mak cik itu. Tiba-tiba, datang seorang lelaki dan bertanya, Kamal mana? Kami fikir dia peminat.

“Kamal kemudian tegur lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu keluarkan chota dari poket dan pukul belakang kepala Kamal berkali-kali.

Berdasarkan laporan Berita Harian Singapura, lelaki yang menyerang Kamal telah pun ditangkap polis selepas beberapa pengunjung dan pengendali gerai di Singapore Expo itu menahannya daripada melepaskan diri.

Author

Pilihan Editor