HomeGaya HidupJom MakanJom buat ‘Taufu Fa’ versi pasar malam, guna 3 bahan saja!

Jom buat ‘Taufu Fa’ versi pasar malam, guna 3 bahan saja!

 

CYBERJAYA: Bulan puasa kali ini pasti ramai yang tak sabar nak berkunjung ke bazar Ramadan.

Mana tidaknya, aneka sajian menarik seperti martabak, roti john, nasi kerabu, ayam golek, air bandung cincau serta taufu fa yang lembut dan manis dimakan selepas berbuka banyak dijual di bazar sepanjang bulan puasa ini.

Bercerita tentang taufu fa iaitu sejenis pencuci mulut yang seringkali dimakan selepas berbuka, pasti ramai yang meminati sajian berasaskan kacang soya ini.

Justeru, bagi peminat tegar taufu fa, anda kini tak perlu lagi membeli di bazar kerana sajian ini mudah dimasak dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja!

Jom ikuti resepi membuat taufu fa yang lembut menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Intan Mazura Masri di bawah:

Bahan yang diperlukan:

  1. Agar-agar
  2. Air soya
  3. Gula (gula melaka + gula putih)

Cara masak:

  1. Masukkan air 1 cawan dan agar-agar (kalau 12 gram ambil separuh saja, ingat ya separuh bukan 1 bungkus risau jadi puding pula)

2. Apabila agar-agar dah larut sebati tuangkan soya 2 liter @ dua kotak besar. Nak tambah gula sikit pun okay, kalau tak suka manis guna soya kurang gula

3. Bila dah mendidih, tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam tu. (Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam)

4. Gula melaka 1 keping + gula putih 2 sudu, air 3 cawan. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit. Jangan lupa tapis. Air gula putih pun sama saja ikut langkah ini.

5. Bila dah siap semua masakan dan dah simpan dalam peti sejuk 2-3 jam, dah boleh hidang ya! Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor