HomeBeritaViralMelampau! Netizen panas tengok ‘couple’ bermaksiat di konsert ST12

Melampau! Netizen panas tengok ‘couple’ bermaksiat di konsert ST12

 

CYBERJAYA: Pastinya suatu hal yang menggembirakan hati apabila dapat menonton persembahan artis kegemaran secara live di depan mata.

Namun, siapa sangka dek kerana sikap dan perbuatan sebilangan individu yang tidak bermoral ternyata mengganggu mood orang di sekelilingnya.

Baru-baru ini, rata-rata rakyat Malaysia yang hadir ke konsert kumpulan muzik Indonesia, ST12, menzahirkan keterujaan mereka menyaksikan kumpulan itu menyanyi secara live di Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Namun, menjadi perhatian apabila ada sebilangan daripada peminat ST12 ini meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan sepasang kekasih yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beretika ketika berada di kawasan umum.

Perkara itu menjadi perhatian di ruangan laman Twitter apabila seorang peminat ST12, @shahaidin, berkongsi kisah yang tercetus sewaktu menghadiri konsert berkenaan.

Menurutnya, tindakan sepasang kekasih yang disifatkan terlalu intim di khalayak ramai membuatkan rata-rata peminat ST12 yang berada di kawasan sama menjadi tidak selesa.

Rules dah cakap jangan bawak vape, kau pergi bawa juga and selamba je hisap, otak letak kat lutut. Tu takpe lagi, siapkan peluk-peluk, lepastu kissing, raba raba ‘depan’ kitaorang semua yang ada kat situ.

“Pastu kau tu dahlah pakai tudung elok la sikit perangai tu. Kot la kata korang dah kawen, gi mamp*s la and sila la sorok perbuatan luar jangkaan korang tu. Geli si*l,” tulisnya.

Luahannya itu turut disokong rata-rata netizen khususnya mereka yang menjadi saksi atas perbuatan kekasih berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat tindakan pasangan terbabit hanya akan menjejaskan semua pihak seperti membuatkan seluruh konsert di Malaysia dibatalkan serta-merta.

Justeru, warga net turut berharap rakyat di negara ini khususnya bagi mereka yang seringkali menghadiri konsert, dapat menjaga perilaku dan batas ketika berada di kawasan umum.

Mengulas berhubung konsert Reunion ST12, difahamkan hampir 10,000 peminat membanjiri ruang Axiata Arena dan rata-rata yang hadir berpuas hati dengan persembahan dari kumpulan tersebut.

Author

Pilihan Editor