HomeMV+EksklusifPINTA kesan tahfiz palsu eksploitasi kanak-kanak untuk dapat derma

PINTA kesan tahfiz palsu eksploitasi kanak-kanak untuk dapat derma

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran (PINTA) Kebangsaan mengesan ada kegiatan sindiket eksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk berlakon seperti pelajar tahfiz dari sekolah tahfiz palsu, untuk mendapat sumbangan derma.

Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood al-Hafiz mendedahkan, perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam modus operandi itu.

“Benar memang ada (berlakon sekolah tahfiz), itu yang tahfiz banyak sampai 1,000 lebih.

“Kadang yang buka tahfiz untuk cari dana dan sumbangan semata, malah dia gunakan pelajar, dia minta derma melalui pelajar yang berlakon seperti pelajar tahfiz. Ya, ada macam itu.

“Bila kita kenal pasti melalui persatuan (PINTA), kita akan beri amaran dan sebagainya. Benda tu benda salah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai jumlah pusat tahfiz yang tumbuh ibarat cendawan malah berlakon seperti sekolah tahfiz.

Beliau berkata demikian kepada MEDIA VARIASI pada program Kongsi Rezeki Ramadan Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini,

Hadir menyampaikan sumbangan, Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohd Zahid yang juga Pengerusi Darul Quran Ittifaqiyah memaklumkan, berdasarkan statistik yang diterimanya, terdapat 2,000 pusat tahfiz berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang pernah menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula berkata, pemeriksaan pendawaian elektrik secara percuma anjuran GiatMARA akan diteruskan ke pusat tahfiz dan rumah anak yatim seluruh negara.

MEDIA VARIASI pada awal tahun ini, melaporkan, isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Besar Khaleeda Bustamam, menerusi Instastorynya mengulang siar video Tiktok disertakan dengan tulisan dengan tajuk ‘PUSAT JAGAAN BERTOPENGKAN LOGO CAPAL NABI KAUT UNTUNG’.

Che Puan Khaleeda mengulang siar daripada akaun Tiktok seorang individu menggunakan akaun nama firdausashaj, yang tertera imej Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Datuk Nazilah Idris.

Author

Pilihan Editor