HomeHiburanPuteri Sarah ’menjiwai’ karakter isteri kedua?

Puteri Sarah ’menjiwai’ karakter isteri kedua?

CYBERJAYA: Meskipun sedang berdepan krisis rumah tangga, aktres, Puteri Sarah Liyana, 38, masih aktif menerima tawaran berlakon.

Terbaharu, Puteri Sarah dilaporkan membintangi drama berjudul “Hijrah Jannah”.

Menjadi tumpuan warga net apabila perkongsian Puteri Sarah menerusi kapsyen di Instagram miliknya seolah memberikan gambaran drama itu bakal menampilkan plot tentang kehidupan poligami.

Dalam hantaran sama, Puteri Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

Foto: IG Puteri Sarah Liyana

“Isteri pertama, isteri kedua dan mak mentua,” tulisnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen beranggap drama terbabit seakan sama dengan kehidupannya kini yang mempunyai ‘madu’.

Malah, ramai yang turut meluahkan rasa prihatin terhadap Puteri Sarah dan mendoakan dirinya tetap cekal dan mampu bangkit menjalani kehidupannya bersama anak-anak dengan gembira.

Untuk rekod, pada 7 Mac lalu menerusi prosiding sebutan pertama kes permohonan penceraian, suami Puteri Sarah merangkap pengarah popular, Syamsul Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah kerana percaya masih ada sinar dalam hubungan mereka.

Susulan itu, hakim syarie telah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) dalam kes permohonan penceraian pasangan itu.

Bagaimanapun, proses pendamaian itu gagal kerana Puteri Sarah nekad untuk memutuskan hubungan selaku suami isteri dengan Syamsul kerana tidak mahu hidup bermadu.

Author

Pilihan Editor