HomeHiburan'Scene' hamun Shukri Yahaya dibuat hari Puteri Sarah failkan cerai

‘Scene’ hamun Shukri Yahaya dibuat hari Puteri Sarah failkan cerai

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial lakonan mantap Puteri Sarah Liyana dalam drama terbaru, Andai Itu Takdirnya yang memaparkan babak dirinya memaki hamun pelakon, Shukri Yahaya.

Puteri Sarah yang memegang watak Umairah dalam drama itu nyata menjadi perhatian warga net apabila babak Umairah memarahi Syed Azril (Shukri Yahaya), seolah-olah luahan amarahnya dengan situasi yang berlaku terhadapnya kini.

Malahan, ramai yang berpendapat sedutan babak kelihatan ‘real’ ditambah pula gerakan badan yang dipaparkan watak Umairah itu sangat menjadi.

Puteri Sarah turut berkongsi video tersebut di Instagram dengan menulis kapsyen ‘Umairah on faiyahh!!!’ serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada penulis novel dan skrip serta produksi drama yang memberikannya peluang berlakon dalam drama terbabit.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen dengan beranggapan pasti ‘seram’ menjadi Shukri ketika bergandingan dengan Puteri Sarah bagi babak berkenaan.

Malah, pelakon, Idzham Ismail yang memegang watak Ikram turut menyatakan yang dia hampir ‘hangus’ ketika berada di sebelah Umairah sewaktu memarahi Syed Azril.

Menerusi komen, Puteri Sarah turut menyatakan bahawa babak tersebut dibuat secara ‘one take’ dan kebetulan pada hari dia menfailkan penceraian tempoh hari.

Untuk rekod, drama Andai Itu Takdirnya mula bersiaran pada 6 Mac 2023 di Astro Ria dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis.

Drama bersiri 60 episod itu menampilkan barisan pelakon mantap iaitu Hannah Delisha (Aliya), Shukri Yahaya (Syed Azril), Idzham Ismail, Puteri Sarah dan ramai lagi.

Author

Pilihan Editor