HomeHiburanSekali angkat tangan, its goodbye for me - Uyaina

Sekali angkat tangan, its goodbye for me – Uyaina

KUALA LUMPUR: Isu keganasan rumah tangga yang semakin berleluasa ketika ini membimbangkan semua pihak.

Juara Pencarian Nona Manis 2015 yang satu ketika dahulu pernah popular kerana mengupas topik Perkosaan Dalam Rumah Tangga, Uyaina Arshad turut tidak kecuali memberi pandangan.

Beliau yang kini sudah bergelar pengacara ikonik negara berkata, isu keganasan rumah tangga berkait masalah kesihatan mental dalam keluarga dan ia menakutkan jika tidak ditangani segera.

Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, orang luar hanya memandangnya pada satu sudut sahaja iaitu keganasan tetapi sebenarnya ia satu penyakit barah yang seolah-olah tiada penawar dan menunggu mati.

“Ianya sama dengan apa yang Yana ketengahkan ketika itu, kerana isu itu serius, ramai tidak bersuara walaupun menular dalam masyarakat.

“Bagi Yana, sekali dah ‘angkat tangan’ (pukul), its goodbye for me (tidak menoleh ke belakang lagi).

“Sekali dia sudah mula memukul, apakah jaminan akan diberi, tidak akan dipukul lagi.

“Hanya satu cara boleh hentikan keganasan iaitu mangsa tidak takut bersuara, masyarakat berhenti menghukum dan pelaku perlu dikenakan tindakan,” tegasnya yang juga bekas pelajar undang-undang.

Pelakon itu, turut meluahkan perasaan marah terhadap tindakan pasangan terutama seorang lelaki yang bergelar suami dan ketua keluarga yang memukul isteri.

“Kenapa dalam ramai-ramai orang di luar sana, you (lelaki) memukul, menghentam isteri sendiri, you sebagai lelaki, suami, ketua keluarga sepatutnya melindungi isteri.

“Benda ni Yana sangat marah, kita baca (artikel) pun kita marah,” katanya.

Justeru, sebagai wanita yang memahami wanita lain di luar sana, Yana mahu mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ada dalam negara.

“Jangan kerana demi anak (enggan berpisah) kerana kita tidak mahu mereka membesar melihat keganasan, ini bukan perkara normal, tak sihat.

“Kalau disakiti sekali, boleh dimaafkan, kalau berkali-kali, tepuk dada tanya selera,” katanya mengakhiri perbualan.

Uyaina berkata demikian kepada media pada majlis pelancaran pertunjukan koleksi Ariani Layar Lara 2023, di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaharu diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan motif alam, floral dan abstrak yang lebih unik, moden dan elegan selain batu permata pada setiap helaian hijab.

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile tenunan (embroidery), tenunan asas, jacquard twill, koleksi popsicle, selendang bersulam.

Turut dipamerkan, koleksi hijab premium, Ariani Luxe adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian renda dan Swarovski eksklusif.

Ariani juga kali ini menampilkan kelainan apabila pertama kalinya melancarkan subbrand baharu khas kepada kaum adam, iaitu Aryan.

Pada majlis sama, Farah Haryani turut mengumumkan Ariani mencipta sejarah baharu dengan pembukaan House of Ariani (HOA) pada 10 Mac 2023.

Author

Pilihan Editor