HomeHiburanTiq Zaqyah hampir panik kena rogol?

Tiq Zaqyah hampir panik kena rogol?

 

CYBERJAYA: Pelakon, Tiz Zaqyah menzahirkan perasaan hampir diserang panik saat membawa watak mangsa rogol dalam drama terbaharunya berjudul ‘Liar’.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, mengakui watak Lara yang dibawanya dalam drama berkenaan amat berat.

“Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja yang tahu apa saya rasa.

“Setiap kali habis penggambaran, saya rasa tidak sabar nak tukar baju dipakai Lara. Rasa dia lain macam sangat,” katanya seperti dilapor mStar.

Mengulas berhubung isu adegan keterlaluan, Tiz mengatakan dia tidak kisah menayangkan sebahagian tubuh badannya demi memastikan penonton mendapat mesej yang ingin disampaikan menerusi drama terbabit.

Jelasnya, babak di dalam drama tersebut telah diteliti dan dinilai agar bersesuaian dengan jalan ceritanya.

“Bukan sengaja nak tayang badan untuk ditonton orang pun sebab paling penting ialah mesej hendak disampaikan kepada penonton tentang apa dilalui mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.

“Kalau ada mahu jadikan itu isu, biarkan sahaja.  Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan,” ujarnya.

Untuk rekod, drama Liar merupakan adaptasi daripada drama British yang turut menggunakan tajuk dengan ejaan yang sama, bakal disiarkan di Astro Ria mulai 3 April ini.

Selain Tiq, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nissa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.

Author

Pilihan Editor