HomeGaya HidupJom MakanWagyou Grill ‘port’ makan daging wagyu harga mesra dompet

Wagyou Grill ‘port’ makan daging wagyu harga mesra dompet

UMUM mengetahui bahawa daging wagyu yang berasal dari Jepun adalah antara makanan yang termahal di dunia.

Mana tidaknya, untuk mendapatkan daging premium yang mencecah ribuan ringgit ini, perlu melalui proses penternakan yang agak rumit namun pulangan hasilnya berkualiti.

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat baka lembu yang menghasilkan daging wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled.

Semua jenis baka lembu ini diternak dengan sangat rapi sehinggakan penggembala perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan demi mendapatkan kualiti wagyu itu sendiri.

Bagaimanapun, siapa sangka daging wagyu yang selama ini dilabel ‘makanan diraja’ kini boleh dirasai oleh rakyat biasa dengan tawaran harga mampu milik menerusi kedai Wagyou Grill.

Menurut Pembantu Pengurus Wagyou Grill, Noor Fazlee Lai Zainuddin Lai, Wagyou Grill mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

Sehingga Mac 2023, empat cawangan sudah dibuka iaitu di Bangi, Ceruk Ampang, The H Hartamas dan TTDI.

Bercerita tentang cetusan idea membuka kedai Wagyou Grill dengan tawaran harga mampu milik, Noor Fazlee berkata, semuanya bermula sewaktu dia bersama rakan perniagaannya bercuti di Indonesia.

“Kami dapat idea ketika bercuti di Indonesia, masa itu ada jumpa kedai ala-ala Korea serve daging wagyu tapi dengan harga yang murah.

“Wagyu ini ada pelbagai rate, kami guna wagyu yang import dari Australia, Jadi daging ini berkualiti juga sama macam gred A, yang penting semua orang mampu rasa,” katanya kepada MEDIA VARIASI.


Sajian dalam suasana ‘K-vibes’

Kedai makan Wagyou Grill yang berkonsepkan ‘Korean vibes’ pastinya memberi pengalaman istimewa buat pengunjung dalam menikmati aneka daging wagyu dan daging Australia.

Tambah Noor Fazlee, kesemua daging yang disediakan di Wagyou Grill akan dipanggang sendiri oleh pelanggan dengan mengambil masa dua ke tiga minit sahaja.

Katanya, antara daging yang menarik untuk pelanggan cuba adalah daging in house special cut, marbling, wagyu flat dan wagyu bolar.

Selain itu, pelanggan juga disarankan untuk merasai sendiri keenakan minuman khas di Wagyou Grill iaitu air ‘SoYou’.

Noor Fazlee berkata, terdapat enam perisa buah-buahan air SoYou iaitu perisa epal, strawberi, mangga, anggur, nanas dan peach.

Jelasnya lagi, air SoYou lebih enak diminum bersama vitagen putih bagi memberi rasa keseimbangan yang enak.

Menu di Wagyou Grill

Di Wagyou Grill, terdapat banyak hidangan menarik ditawarkan menerusi set single dan set family.

Wagyou Grill bukan sahaja sesuai dikunjungi bersama rakan-rakan malah, keluarga yang mempunyai anak kecil juga boleh makan bersama-sama di kedai ini kerana turut disediakan menu khas buat anak-anak seperti set burger dan hotdog.

Berikut senarai menu yang ditawarkan:

  • Set Single (1 pax): Itaewon (RM29.80), Jeju (RM48.80), Gangnam (RM65.80), Sultan (RM88.80)
  • Set Family (3-5 pax): Itaewon (RM135.80), Jeju (RM175.80), Gangnam (RM225.80), Sultan (RM268.80)
  • Kids Combo: RM9.90
  • Kids Meal: RM4 – RM6.90
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari // 12 tengah hari –  11 malam

Author

Pilihan Editor