HomeBeritaViralPengguna kecewa, dakwa kualiti baju Melayu Bulan Bintang teruk

Pengguna kecewa, dakwa kualiti baju Melayu Bulan Bintang teruk

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama baju Melayu popular mendapat kecaman dan kritikan oleh orang ramai disebabkan harga mahal tapi kualiti tidak setimpal.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikongsi oleh Bawang Channel, baju Melayu yang dibeli itu merupakan paling mahal yang pernah dibeli dengan harapan kain yang digunakan berkualiti.

Namun dia amat kecewa dengan kualiti pakaian tersebut lantas berkongsi pengalaman memakai baju Melayu jenama Bulan Bintang di mana kainnya jadi kasar sehingga berbulu.

Menurutnya, sebelum ini pernah membeli jenama lain tetapi tiada satu pun jenama tersebut mengalami masalah demikian.

“Hampa tengoklah sendiri, kejap lagi aku complain lebih-lebih cakap Melayu nak jatuhkan Melayu, kena buatan orang, sihir lah, padahal hampa yang rosakkan bisnes hampa sendiri.

No more Bulan Bintang dah lepas ini. Beto tak Beto, taubat aku tak beli dah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur kerana tidak terpengaruh dengan perkara yang viral secara tiba-tiba.

“Mujur aku tak pernah minat pun, jenama yg tak pernah dengar tiba-tiba viral. Aku beli baju Melayu kat pasaraya Sakan je dah cukup sedap kainnya selesa pakai dan sejuk, kualiti pun dah tentu-tentu terjamin.

“Tak pernah terjebak dengan brand-brand gempak viral… risau macam ni laa.. Indah kabar dari rupa,” kongsi mereka.

Difahamkan, pihak Bulan Bintang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna boleh menukar atau mendapatkan semula wang jika pakaian yang dibeli mengalami kerosakan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor