HomeHiburanSumber pendapatan berkurang, Fieya Julia alami kemurungan

Sumber pendapatan berkurang, Fieya Julia alami kemurungan

 

CYBERJAYA: Penyanyi Fieya Julia mendedahkan dia mempunyai masalah kewangan gara-gara tiada tawaran kerja sehingga mengalami kemurungan.

Fieya atau nama penuhnya Nur Safiyah Sejali, 24, berkata, berada jauh dari keluarga bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi.

“Apatah lagi memikirkan cabaran hidup di Kuala Lumpur yang memerlukan kos sara hidup tinggi. Sedangkan job tidaklah banyak sangat,” katanya.

Menurut Fieya, sejak mengenakan hijab, pandangan dari orang sekeliling menambahkan tekanan hingga membuatkan emosi terjejas.

“Malah, sejak bertudung, ramai mendesak saya menjadi orang yang lebih baik, walhal saya sedang belajar ke arah itu,” akuinya.

Tambah penyanyi lagu Perasaanku ini, dia pernah menghilangkan diri sehingga salah seorang rakannya terpaksa menghubungi pihak bomba untuk memecah masuk rumahnya.

“Kejadian itu berlaku pada Disember tahun lalu. Saya hilangkan diri sehari sehingga kawan-kawan mula risau dan panggil bomba untuk periksa keadaan saya kerana bimbang apa-apa terjadi.

“Tapi saya sempat buka pintu sebelum bomba pecah masuk,” dedahnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor