HomeBeritaPengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal, mohon penduduk ganti puasa

Pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal, mohon penduduk ganti puasa

YAN: Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, mengakui melakukan kesilapan melaungkan azan maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Perkara itu membuatkan penduduk di sekitar masjid berkenaan perlu menqada semula puasa mereka.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir, yang memohon maaf atas insiden terbabit berkata, kesilapan berlaku disebabkan masalah teknikal paparan jam digital waktu azan di masjid.

“Semua para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, diharap semua maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada’,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Authors

Pilihan Editor