HomeEkspresiRasai nikmat air ‘Khatira Kaw’ di Batu Caves

Rasai nikmat air ‘Khatira Kaw’ di Batu Caves

CUACA kini yang tidak menentu hujan panas pasti membuatkan rata-rata rakyat Malaysia mudah rasa dahaga.

Pasti enak jika kehausan itu diisi dengan air yang menyelerakan seperti ais kacang, air kelapa atau mungkin air katira.

Jika anda berkunjung di Sri Gombak, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan air ‘Khatira Kaw’ yang dijual oleh seorang peniaga berhampiran CIMB Bank Sri Gombak.

Menurut Mohd Taufik Md Dris,41, dia mula berniaga air Khatira Kaw sejak 10 tahun lalu bagi mencari sumber pendapatan.

Kongsinya, jualan air yang dijual menerusi sebuah lori kecil mulai jam 3 petang pada setiap hari itu adalah hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor.

Air Khatira Kaw yang dijual dengan harga sekitar RM3 hingga RM5 mengikut saiz dan terdapat dua jenis citarasa iaitu ‘Original’ dan ‘Special’.

Katanya, air Khatira Kaw mendapat sambutan hangat khususnya ketika cuaca panas dan sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambah Mohd Taufik, air Khatira Kaw mensajikan keistimewaan tersendiri kerana dihasilkan dengan pati khas sekali gus memberi rasa yang berbeza dan mantap.

Mohd Taufik berhasrat untuk membuka beberapa cawangan baru untuk mendapat pelanggan terbaik setiap masa.

Malah, Mohd Taufik turut mengambil peluang pada bulan Ramadan ini untuk mensajikan jualan air Kathira Kaw yang berkualiti sekali gus menjadi kepuasan pelanggan.

Authors

Pilihan Editor