HomeGaya HidupCuaca panas! Wanita ini kongsi cara sejukkan rumah guna talam

Cuaca panas! Wanita ini kongsi cara sejukkan rumah guna talam

CYBERJAYA: Perubahan cuaca panas sejak kebelakangan ini sememangnya dirasai rata-rata rakyat Malaysia. 

Bahang yang terasa ibarat sauna pasti membuatkan orang ramai malas untuk keluar rumah kerana mahu menikmati keselesaan dan perasaan nyaman di rumah sahaja.

Bagaimanapun , bukan semua kediaman mempunyai pendingin hawa dek kerana harga yang mahal serta sudah tentu bil elektrik akan melambung tinggi.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Husna Haron, dia terasa pelik apabila masuk sahaja ke dalam rumah tetapi bahang panas hilang dan bertukar nyaman.

“Satu pagi yang rushing, anak saya tertumpahkan 1 jag air atas lantai, saya biarkan sahaja sebab dah lambat nak pergi kerja. Lampu dan kipas pon tak sempat nak tutup.

Bila balik rumah, eh pelik sangat-sangat, rumah rasa nyaman,” tulisnya seperti di kapsyen.

Diringkaskan cerita, rupanya air yang ditumpahkan oleh anaknya itu telah tersejat disebabkan kipas yang terbuka setiap masa dan wap air terkumpul di sekeliling ruang tertutup rumah tersebut.

Maka, bermula lah eksperimen dengan meletakkan air di dalam talam dengan kipas terbuka dan terbukti rumah menjadi sejuk serta bahang dari luar rumah tidak dirasai.

Tambahnya, untuk mengelakkan pembaziran elektrik, dia hanya melakukan pada waktu malam sahaja kerana hanya waktu itu sahaja kipas digunakan.

Menurutnya, apa-apa bekas boleh digunakan seperti talam, besen, asalkan permukaannya luas.

Husna turut menyarankan untuk menukar air setiap hari supaya tiada pembiakan jentik-jentik, atau letakkan garam supaya jentik-jentik tidak boleh hidup.

Tambahnya, bagi sesiapa yang ingin melakukan teknik ini, tidak dibenarkan untuk membuka tingkap pada peringkat permulaan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor