HomeNiagaUsahawanPelanggan Sellection.com kumpul 120 tas tangan mewah setahun

Pelanggan Sellection.com kumpul 120 tas tangan mewah setahun

AMPANG: Bak kata pepatah ‘alah membeli menang memakai’, seorang pelanggan setia Sellection.com sanggup kumpul 120 tas tangan jenama mewah setahun demi kepuasan diri.

Ini kerana harga tas tangan asli jenama kayangan itu jauh lebih murah di butik Sellection.com mendorong wanita dari Sabah itu membelanjakan wangnya demi memiliki tas tangan berkenaan.

Perkara itu diakui sendiri oleh pengasasnya, Nor Rafidah Khairuddin, yang sehingga kini tidak percaya beliau yang dahulu bermula sekadar personal shopper (pembeli peribadi) sembilan tahun lalu kini mampu membuka butik sendiri, malah mempunyai pengikut mencecah 400,000 orang di laman media sosial, sejak tahun 2020.

Katanya, atas kesetiaan pelanggan itu dan ramai lagi di luar sana, Nor Rafidah atau lebih mesra dipanggil ‘Maam’, merealisasikan penghargaan kepada mereka dengan memperkenalkan SETIAA.

“SETIAA adalah Program Keahlian Sellection.com secara premium direka khas sebagai cara memberikan nilai lebih besar buat semua pelanggan dikasihi.

“Program ini memberikan akses kepada pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh ahli SETIAA antaranya baucar beli-belah eksklusif maksimum berjumlah RM300, penghantaran percuma bagi pembelian dalam talian selama setahun, sesi pemotretan profesional sebanyak RM500, beg eksklusif Sellection.com bernilai RM150, seminar mengenai fesyen dan keyakinan diri.

“Dengan SETIAA, ia juga membuka peluang kepada pelanggan memperkasakan diri, menyelami perjalanan transformasi untuk menjadi seorang lebih yakin, bergaya malah boleh memberikan inspirasi kepada orang lain sambil menikmati faedah pengalaman membeli-belah premium.

“Ini seiring dengan slogan SETIAA, iaitu keyakinan, kebersamaan, kesetiaan,” katanya.

Baginya, yang percaya bahawa setiap individu sama ada lelaki atau perempuan, meskipun seorang surirumah, peniaga kecil, doktor atau sesiapa pun, perlu tampil kemas bergaya.

“First impression count. Apa anda pakai, berkata-kata, tonjolkan ia menjadi satu pandangan yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

“Jadi, perlukah banyak tas tangan?. Ya perlu khususnya perempuan, yang akan menggunakan tas tangan di tempat berbeza, seperti mesyuarat, majlis tertentu, kenduri, pusat beli belah,” katanya yang turut menawarkan pelan ansuran mudah untuk pelanggan memiliki barangan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka dan Ulang Tahun Penubuhan Sellection.com yang kelima bertemakan tradisional dan glam raya di Manor House of Events KL, di Wangsa Maju, di sini.

Pada majlis sama, turut dilancarkan program keahlian SETIAA.

Pada perkembangan sama, Nor Rafidah juga merancang untuk menjalin kerjasama dengan jenama eksklusif tempatan, yang meliputi koleksi fesyen pakaian dan tudung.

Untuk rekod, Sellection.com ialah butik barangan berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi termasuk aksesori seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade.

Untuk informasi lanjut tentang SETIAA, boleh layari di laman sesawang, www.sellection.com.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author

Pilihan Editor