HomeBeritaPolitik‘Rombakan Kabinet lepas PRN? Kita tunggu kalau benar’ - Zahid Hamidi

‘Rombakan Kabinet lepas PRN? Kita tunggu kalau benar’ – Zahid Hamidi

CYBERJAYA: Sebarang rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) Kabinet untuk melakukan rombakan.

“Kita tunggu kalau benar perkara itu (rombakan selepas pilihan raya negeri) berlaku,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di Putrajaya pada Sabtu.

Kenyataan itu diberi susulan timbul desas-desus yang tersebar mengenai kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merombak barisan Jemaah Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Untuk rekod, enam negeri akan mengadakan PRN tahun ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Author

Pilihan Editor