HomeHiburanShila Amzah, Ubai selamat bertunang

Shila Amzah, Ubai selamat bertunang

CYBERJAYA: Penyanyi, Shila Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram Shila yang turut memuat naik beberapa foto mereka memakai pakaian berona ungu duduk di atas pelamin.

“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kitaorang settle majlis ini.

“Ubai and me wanted an intimate engagement ceremony. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat mula membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah atas tali pertunangan pasangan terbabit.

Untuk rekod, difahamkan Shila mula menjalinkan hubungan serius dengan Ubai sekitar lima bulan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Author

Pilihan Editor