HomeEkspresi5 lokasi air terjun, sungai menarik di Jeli, Kelantan

5 lokasi air terjun, sungai menarik di Jeli, Kelantan

HUJUNG minggu pastinya jadi lebih seronok jika dapat meluangkan waktu bersama insan tersayang di kawasan yang tenang dan mendamaikan.

Tahukah anda bahawa dekat Kelantan ada banyak tempat menarik untuk dijadikan ‘spot’ beriadah lebih-lebih lagi di daerah Jeli yang kaya dengan panorama alam mengasyikkan!

Baru-baru ini, MEDIA VARIASI berpeluang menerokai keindahan di sekitar Jeli, kami dapati banyak kawasan air terjun dan sungai di kawasan ini sesuai dijadikan lokasi untuk anda kunjungi bersama keluarga mahupun  kawan-kawan.

Ini senarai 5 lokasi air terjun dan sungai yang boleh dilawati:

  1. Lata MawooSaat menjejakkan kaki ke Lata Mawoo ini, anda pasti akan terpesona melihat dua air terjun yang memukau! Untuk sampai disini, anda perlu mendaki atau cara mudahnya menaiki kenderaan 4×4. Memang tenang sangat mandi air terjun dekat sini!

  1. Lata Kashmir

Bagi anda yang gemar berkhemah, boleh datang ke Lata Kashmir. Dekat sini turut ditawarkan sewaan khemah untuk anda bermalam dengan harga serendah RM70! Siap ada tempat nak buat BBQ lagi. Selain itu, ada juga pangkin untuk dijadikan spot santai sambil layan view empangan Sungai Pergau. Kalau tengok suasana dekat lata ini, memang terasa macam bercuti di Kashmir pula! Selain mandi-manda, anda juga boleh cuba aktiviti water rafting dan tubing.

  1. Lata Hokkaido

Jika anda mahukan ketenangan yang tak ramai orang sangat, boleh beriadah di Lata Hokkaido. Disini, banyak jeram berbatu tapi kalau anda jalan ke dalam sikit suasana redup sangat ditambah pula kawasan air sungai tenang dan cantik. Bolehlah bawa kerusi healing anda untuk bersantai disini!

  1. Lata Janggut

Satu lagi destinasi popular dalam kalangan seisi keluarga, Lata Janggut. Ramai orang suka datang lata ini sebab terdapat beberapa kolam mandi yang terbentuk daripada batu-batu di jeram ini yang selamat untuk dijadikan tempat mandi manda. Kalau waktu hujung minggu memang meriah tempat ini.

  1. Lata Turbo


Selain itu, anda juga boleh cuba berkunjung ke Lata Turbo yang turut mendapat tempat dalam kalangan warga Jeli. Dekat sini sesuai dijadikan spot berkhemah dan berkelah. Sejuk mata memandang suasana sekitar lata ini yang penuh rimbunan hijau.

Author

Pilihan Editor