HomeBeritaMufti Perlis sedia letak jawatan jika Ustaz Azhar Idrus berjaya buktikan dia...

Mufti Perlis sedia letak jawatan jika Ustaz Azhar Idrus berjaya buktikan dia sesat

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular video TikTok ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI)  yang mendakwa Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah sesat kerana menghina ulama Imam Nawawi.

Dakwaan itu dilontarkan ketika ada hadirin bertanya mengenai perkampungan sunnah anjuran Jabatan Mufti Perlis, membabitkan kerajaan Negeri Perlis dan dirasmikan Raja Muda Perlis.

Membalas dakwaan berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, beliau sedia meletak jawatan 24 jam jika UAI ada bukti dia telah sesat.

“Ulasan seperti itu memfitnah orang sedangkan dia seorang ustaz yang dikenali ramai.

“Ringan fitnah itu di mulut dia. Kamu sangka ia ringan di lidah kamu? Di sisi Allah adalah berat.

“Tuduh orang sesat dengan perkara yang orang itu tak pernah lakukan dan tak ada siapa dalam kalangan mereka lakukan.

“Saya nasihatkan beliau (UAI), jika ada masalah tentang hal-hal Imam Nawawi atau apa, dia boleh datang ke Perlis. Saya boleh bagi pentas untuk dia bersama saya berforum,” tambahnya.

 

Author

Pilihan Editor