HomeSukanAl-Ahli tandatangani bekas bintang Liverpool

Al-Ahli tandatangani bekas bintang Liverpool

BEKAS bintang Liverpool, Roberto Firmino telah diumumkan sebagai pemain baharu kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Ahli dengan kontrak sehingga 2026.

Kehadiran pemain berusia 32 tahun itu ke Al-Ahli menjadikan dia pemain import yang kedua mengingkat kontrak bersama kelab itu selepas penjaga gol Senegal, Eduoard Mendy seminggu lalu.

Hantaran di laman Twitter rasmi kelab mengumumkan Firmino sebagai pemain baharu  dengan gaya no look ketika menandatangani kontrak.

https://twitter.com/ALAHLI_FCEN/status/1676363254296199168?s=20

Selepas lapan musim beraksi bersama The Reds di kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Firmino atau lebih dikenali sebagai Si Senor telah berjaya merasai tujuh kejuaraan bersama Liverpool termasuk juara EPL pada musim 2019/20 dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada musim 2018/19.

 

Author

Pilihan Editor