HomeBeritaViralBukan salah jin! - 9 faktor kedai makan tak laku

Bukan salah jin! – 9 faktor kedai makan tak laku

CYBERJAYA: Lambakan kedai makan, restoran dan kafe yang dibuka kini membuatkan orang ramai mempunyai aneka pilihan tempat makan.

Namun, ada di antara kedai-kedai itu hanya mampu beroperasi beberapa bulan sahaja dek kerana tidak mendapat sambutan.

Sebilangan peniaga beranggapan kedai mereka tidak laku berkemungkinan kerana diganggu perkara mistik dek kerana wujud pihak yang dengki akan perniagaaan mereka.

Bagaimanapun, tanggapan itu disangkal oleh seorang lelaki yang mewakili suara pelanggan dikenali Haiqal Ramly dengan menegaskan terdapat sembilan faktor sesebuah kedai makan itu tidak laku.

Berikut merupakan sembilan faktor yang dikongsi Haiqal menerusi Facebook Kementerian Netizen Malaysia:

1. Masakan tak sedap
Contohnya, puak-puak yang buat masakan western macam fish and chip, carbonara dan bolognese. Kedai western yang melingkup rata-rata sebab masakan dia tahap bullshit dan bebal. Padahal kat YouTube punya banyak orang England dan Italy ajar cara buat versi halal.

2. Harga mahal dan tiada kualiti
Contoh, chicken chop RM18-25 tapi saiz hidangan macam nak beri minion makan. Kuah manis macam air gula.

3. Masalah kedai masakan panas
Kedai masakan panas ini signature adalah nasi goreng, kalau nasi goreng pun gagal nak buat dengan btul apetah lagi masakan lain. Kalau pelanggan tegur tak payah ajak bertumbuk. Buat nasi goreng pun cuma tabur nasi, bawang, garam lepas itu telur. Harga RM7. Apa benda masak macam itu?

4. Suasana kedai seram & suram
Suasana kedai nampak suram dan menyeramkan macam rumah bunian. Orang nak makan kenalah ada suasana seronok. Kalau tak reti hias boleh Google contoh.

5. Nama kedai tak meyakinkan
Dah masuk tahun 2023, takkan letak lagi nama D Rozi, D Rafi, Zam hotel? Orang nak update status makan kat mana di WhatsApp dan Facebook pun takut kena troll dengan kawan-kawan. Letak saja nama biasa dan ikut tradisi kalau tak pandai sangat fikit idea, tak payah acah-acah moden tapi bunyi ‘selenge’. Tengkok kedai tomyam, selamba letak nama biasa-biasa tapi masih ramai orang datang.

6. Pekerja sombong
Pekerja kedai lagi-lagi yang perempuan bila pelanggan datang, buat muka kelat, senyum pun taknak, tambah waktu pelanggan minta ‘dik nak air suam, dik nak sambal belacan, kak nak budu extra, kak nak oder lagi’. Sepatutnya pekerja kena senyum biarpun tak ikhlas ini buat macam orang datang minta free.

7. Kedai penuh dengan kerabat sendiri
Terlalu kerap saudara-mara datang sampai separuh kedai penuh, port meja yang best pun customer tak boleh duduk sebab saudara-mara, jiran tetangga, girlfriend anak ‘cop’ tempat. Nak panggil order pun serba-salah takut menyampuk perbualan keluarga.

8. Servis lambat
Order tak banyak tapi lembab kemain macam order untuk kenduri kahwin. Padahal kedai pun tak ramai orang. Lepas itu, asyik salah hantar order, lain yang diminta lain yang dihantar.

9. Kebersihan
Tandas kotor mengalahkan tandas di India, bila tandas kotor automatik pelanggan terfikir macam mana kebersihan pekerja nak uruskan makanan kalau tandas pun kotor.

Author

Pilihan Editor