HomeBeritaPolitikChee Yee dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka baharu

Chee Yee dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka baharu

CYBERJAYA: Hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 menyaksikan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN baharu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pelantikan itu dibuat di Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka pada Isnin.

Chee Yee menggantikan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada April lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mencadangkan nama Chee Yee dan disokong Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput), seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 20 (2A) Perlembagaan Negeri Melaka.

Seramai 24 ahli dewan undangan negeri (ADUN) menyokong, dua berkecuali dan dua tidak hadir.

Pelantikan ADUN DAP itu mengesahkan desas-desus sebelum ini bahawa beliau akan mengisi kekosongan tersebut, selepas namanya ‘tercicir’ tidak dilantik memegang sebarang jawatan pengerusi jawatankuasa (Exco) dan timbalan Exco di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan diterajui Ab. Rauf.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Mustafa Musa dipilih sebagai ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 31 Julai lalu.

Author

Pilihan Editor