HomeHiburanKLWP 2.0 hangatkan Mega Star Arena 26 Ogos ini

KLWP 2.0 hangatkan Mega Star Arena 26 Ogos ini

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Warehouse Project (KLWP) 2.0 kembali lagi menghangatkan peminat Techno, Big Room, dan Hard Techno di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.

KLWP 2.0 menampilkan barisan deejay antarabangsa termasuk Danny Avila, Maddix, Olly James, Marie Vaunt dan Lister, tidak ketinggalan artis lokal antaranya Chukiess & Whackboi, Vision X, Smash dan Nitrozeus. 

Menurut Pengerusi Leo Global Link, Datuk Muthalagan Sangaralingam, KLWP 1.0 merupakan yang pertama memulakan kembali Electronic Dance Music (EDM) selepas tiga tahun dalam pandemik COVID-19.

“Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa kami menghasilkan edisi kedua KLWP dengan niat untuk membawa pelancong kembali ke negara ini terutamanya dari negara jiran Asia Tenggara dan menjadikan Kuala Lumpur mesra pelancong sebagai ibu kota hiburan di rantau ini.

“Kami juga berbangga untuk mempamerkan bakat tempatan kami yang sangat berjaya kepada dunia, yang kebanyakannya sudah terkenal di luar negara dan telah membuat gelombang di Festival di seluruh dunia,” katanya.

Muthalagan berkata demikian ketika sesi sidang media yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Tambahnya, tiket Early Bird sudah mula dijual pada bulan April lalu namun, laris terjual dalam masa yang singkat.

“KLWP Early Bird General Admission (GA) & VIP dan Tiket Kemasukan Umum & VIP fasa satu sangat berpatutan sehingga habis terjual lebih awal daripada yang dijangka,” tambahnya.

Bagi kemasukan umum fasa dua, GA dijual pada harga RM198 manakala tiket VIP fasa dua pula pada harga RM258, pembelian boleh dilakukan di laman web https://www.ticketmelon.com/klwp/

Author

Pilihan Editor